Pembangunan Infrastruktur Maahad Hayatul Muslim bermula pada bulan Oktober 2016 dan dijangka siap pada bulan Mei 2017.
Konsep pembinaan Maahad ini adalah untuk menyediakan bangunan dengan kemudahan asrama dan pembelajaran yang terhad bagi 25 orang pelajar serta 2 orang ustaz/warden yang tinggal bersama dengan pelajar yang bertugas sebagai Penyelia (Warden).
Bangunan ini terletak di dalam kawasan perkampungan di daerah Lenggeng, Negeri Sembilan. Ianya dilengkapi dengan kemudahan asas seperti surau, bilik darjah, pejabat, bilik air dan dewan makan serta peralatan mekanikal dan elektrik bangunan.
Selain daripada menyediakan pembelajaran tahfiz dan kelas bahasa arab, sebagai tambahan, pihak kami juga menyediakan satu bengkel untuk pembelajaran kemahiran hidup dalam pertukangan kayu, elektrikal dan plumbing. Konsep pembelajaran di Maahad ini adalah berteraskan al-Quran, keimanan, bahasa arab dan kemahiran hidup. Buat masa ini pihak kami mengambil pelajar lelaki sahaja yang berumur 14 tahun ke atas atau pelajar lepasan SPM dan tidak lebih dari umur 35 tahun.
Lokasi Maahad terletak 500 meter dari pekan Lenggeng, yang terdapat kemudahan pekan kecil seperti masjid, Balai Polis, Pejabat Pos dan sebagainya. Jarak perjalanan kereta dari bandar-bandar besar seperti Semenyih sekitar 15 minit, Seremban, Kajang dan Nilai 30 minit. Selain dari Jalan Semenyih, pelawat-pelawat boleh menggunakan Lebuhraya LEKAS melalui Tol Mantin.
Pembelajaran asas Maahad Hayatul Muslim adalah untuk menyediakan para pelajar dengan kemahiran membaca Al-Quran dan tajwid, mempelajari asas Bahasa Arab, mempelajari Nahwu & Sorof dan Bahasa Arab SPM. Dengan asas ini mereka boleh menggunakannya sebagai panduan hidup untuk memulakan pelajaran peringkat seterusnya ke institusi-institusi di dalam dan luar negeri, juga dalam bidang kerjaya kelak. Sebagai tambahan, pelajar-pelajar akan diajar asas pertukangan kayu dan mengendali peralatan elektrik dan perpaipan supaya mereka bersedia untuk membuat kerja DIY (Do-it-yourself) apabila mereka tamat kelak.

Sebarang pertanyaan sila hubungi / whatApps:
- Ir. al-Azmy: +6017-8807088
- Us. Latif: +6013-6839098 / +6011-23146344 (whatApps)
Website: www.hayatulmuslim.com
0 comments:
Catat Ulasan