VISI
Menyebarkan ilmu Al-Quran dan As-Sunnah melalui pendekatan pembelajaran al - Quran dan bahasa arab yang efektif bagi mengembelingkan cara hidup seorang muslim kepada mukmin yang sempurna, berkemahiran dan berwibawa tanpa mengira latar belakang pendidikan bagi menegakkan dan merealisasikan nilai-nilai kehidupan sebagai seorang Islam yang sejati.
MISI
Menerapkan proses pengajaran dan pembelajaran terhadap ilmu al-Quran dan bahasa arab kepada golongan umat islam tanpa mengira latar belakang pendidikan yang memfokuskan:
- Pengajian tahfiz yang terbuka kepada mereka yang berumur 14 tahun ke atas.
- Pembelajaran al-Quran bertajwid.
- Sesi pembacaan bertalaqqi al-Quran secara bersanad.
- Pembelajaran Bahasa Arab untuk peringkat asas seperti mengetahui perbendaharaan kata, asas perbualan harian, bentuk-bentuk ayat kata kerja dan sebagainya.
- Modul pembelajaran yang mudah dan sistematik.
- Pembelajaran asas dan lanjutan ilmu nahwu dan sorof.
Kemahiran hidup melalui kursus pertukangan, plumbing, elektrikal dan projek DIY juga diterapkan yang mengambil masa selama 6 bulan dan diberikan sijil kursus selepas tamat pembelajaran.
Pengajian umum dengan berkitab dari tenaga pengajar jemputan khas tentang hal-hal berkaitan dengan kehidupan muslim, termasuk:
- Pemantapan Fardhu ‘Ain dan Kifayah.
- Etika dalam kehidupan.
- Kepimpinan Islam.
- Memahami asas-asas hukum syariah dan sebagainya.
0 comments:
Catat Ulasan